For the Community Of BANDAR TASIK PUTERI
1.b29(Otai),2.b27,3.b28,4.b26,
4.b16,5.Maple,6.Oak,7.b6,8.b2/3
ALL NEWS MAIL TO CHOYOT AT YAHOO DOT COM
29 March 2006
Kemalangan Jalan Raya
Rakan kita, saudra Ramli(jln 6/6) mengalami kemalangan jalan raya pada 24/3 kira pukul 5.30 petang di persimpangan ke toll Rawang. Walaupun keretanya mengalami rosak teruk namun beliau sendiri mengalami luka-luka ringan.
Futsal antara lorong yg. berlangsung pada 26/3/2006, telah berlangsung dengan jayanya. Setiap pasukan menunjukan semagat kesukanan yg. tinggi. Walaupun permainan bermula agak lewat kerana padang yg masih sedikit becak, mungkin ado yg 'Lambat Cabut' pinjam kata Din suboh tapi kemeriahan tetap terasa. Setiap lorong diwakili nama-nama pasukan yg bertanding pada Piala Dunia 2006.
Bermacam ragam dan gaya yg ditujukan, yg paling mendapat sokongan adalah pasukan remaja(kanak-kana 7-12 tahun) yg menunjukan aksi berani berdepan dgn. OTAI(orang lama) tanpa rendah diri atau rasa takut.
Walaupun ada sedikit kecacatan dan kekurangan ini bukanlah penghalang utk kita semua bersatu bersama dalam memajukan Blok 29.
Keputusan perlawanan adalah seperti berikut.
Johan : Portugal(Jalan 6/3) N.Johan : Argentina (Jalan 6/8) Ketiga : France (Jalan 6/4) Keempat : Mexico (Jalan 6/9)
Penjaring terbanyak : Saudara Yusri Pemain terbaik : Saudara Jalal
Buat yg. Kalah tahun depan cuba lagiiii... heee...
Satu rompakan telah terjadi di B29 Pada awal pagi tadi(kira pukul 4pagi) di rumah saudara Samsuri (No. 4,jln. 6/4).Lima perompak yg disyaki mungkin warga asing. Perompak melarikan wang tunai,barang kemas dan telefon bimbit beliau sekeluarga. Diharap kita sama-sama berwaspada dan saling mengawasi kediaman antara satu sama lain.
Nampaknya papan tanda "Tanah Perkuburan Bandar Tasik Puteri" telah terpacak minggu lepas. Ianya bersebelahan Blok 29A dan meghadap Blok 26/27A... berjiran dgn tapak........ yg di benci orang Islam. Nampaknya kenalah kita beramai membersihkan kawasan tersebut, buat masa ini ia dijadikan kandang lembu haram.
Teori newton menyatakan setiap benda akan jatuh ke bumi, tetapi sebaliknya buat harga minyak yang tidak akan menurun. Walaupun berapa rami 'menteri yg naik' harga minyak mustahil diturunkan. Kita akan lihat kesan pada ekonomi negara sedikit masa lagi, beberapa sen subsidi ini akan menjana kearah kebaikan ekonomi negara atau menjadi rakyat makin papa. Yang pasti setiap barang keperluan akan naik, kos pengangkutan bertambah. Safie Afdal dalam kenyataannya berkata beliau akan memastikan harga barang-barang tidak akan dinaik. Seperti biasa kita akan dengar serbuan buat beberapa ketika bagi mengaburi mata dan selepas ini ia akan lenyap selenyapnya bak cerita VCD haram. Pak Lah pemimpin yg. alim namapaknya kurang bijak dalam perlaksanaan ekonominya. Makin hari inflasi naik,kadar pinjaman asas pun naik semuanya konon untuk bersaing dan mengurangkan subsidi kerajaan dengan hujah bodoh demi menampung pembangunan negara. Kerajaan sudah tiada duit itulah hakikatnya. Dengan dasar 'mega project' pada era Mahathir kerajaan sekarang sudah ketandusan WANG. Pak Lah masih sentimentel dengan projek BATIKnya idea mirip kepada bekasa menteri yg suruh tanam padi atas bumbung.
Rakyat harus berkorban demi menjamin survival para ahli politik(pengecut bagai cencurut) tidak berani bersuara demi kepentingan rakyat jelata. Sampai bila harus rakyat berkorban mengikat perut menukar cara hidup demi sayangkan pemimpin...........