Minyak Ooo Minyak di mana kau minyakk

Teori newton menyatakan setiap benda akan jatuh ke bumi, tetapi sebaliknya buat harga minyak yang tidak akan menurun. Walaupun berapa rami 'menteri yg naik' harga minyak mustahil diturunkan. Kita akan lihat kesan pada ekonomi negara sedikit masa lagi, beberapa sen subsidi ini akan menjana kearah kebaikan ekonomi negara atau menjadi rakyat makin papa. Yang pasti setiap barang keperluan akan naik, kos pengangkutan bertambah.
Safie Afdal dalam kenyataannya berkata beliau akan memastikan harga barang-barang tidak akan dinaik. Seperti biasa kita akan dengar serbuan buat beberapa ketika bagi mengaburi mata dan selepas ini ia akan lenyap selenyapnya bak cerita VCD haram.
Pak Lah pemimpin yg. alim namapaknya kurang bijak dalam perlaksanaan ekonominya. Makin hari inflasi naik,kadar pinjaman asas pun naik semuanya konon untuk bersaing dan mengurangkan subsidi kerajaan dengan hujah bodoh demi menampung pembangunan negara.
Kerajaan sudah tiada duit itulah hakikatnya. Dengan dasar 'mega project' pada era Mahathir kerajaan sekarang sudah ketandusan WANG. Pak Lah masih sentimentel dengan projek BATIKnya idea mirip kepada bekasa menteri yg suruh tanam padi atas bumbung.
Rakyat harus berkorban demi menjamin survival para ahli politik(pengecut bagai cencurut) tidak berani bersuara demi kepentingan rakyat jelata. Sampai bila harus rakyat berkorban mengikat perut menukar cara hidup demi sayangkan pemimpin...........
Hanya masa yg menentukan.

5 Comments:
kena byk bersabar ...
kena atur balik cara berbelanja ...
kalau yg isap rokok ... lepas ni isap jari ... bole ...
sebenarnya apa yg choyot katerkan byk benarnya ...
tp akhirnya pengguna atau kita yg kena tempiasnya ...
tp zaman kita ni x ramai yg menabung ...
sian kita n anak2 ...
11:28 AM
Tuu laa.. nak menabung cam mana tiap-tiap bulan sampai kat hidung jeee... kalau samapi kat dada boleh gak bernafas... ni memanjang je atas mulut.... kena tiup baru boleh tarik nafass...
11:56 AM
tu la pasal kena banyak bersabar ...
tempiasnya suma org kena ...
ada org dah sampai dahi nak buat camner ...
kat idung bole gak nafas ...
bukan salah org ... rasanya salah kita gak ...
camner pun esok lusa reda jap ...
mcm isu rokok ... naik lebih 70% pun .. org tetap berasap hanya tukar brand atau siaz ...
ini baru naik 40% ...
tu pasal ada syor supaya ... digalakkan berniaga atau cari duit lebih bg menampung belanja harian ...
1:27 PM
soalny sampai bila?? harus jadi cam thailand atau indon..
3:49 PM
rasanya org kita cukup waras ...
12:32 PM
Post a Comment
<< Home