27 February 2006
Bola Sepak Persahabatan(Bt. Arang Vs Blok 29)
Semalam Satu perlawanan persahabatan diadakan diantara
Blok 29 FC dgn Belia Batu Arang. Blok 29 FC telah tewas dengan jaringan 1-2. Walaupun menunjukan aksi cemerlang nampaknya perlawanan tidak berpihak kepada Blok 29 FC. Hampir keseluruhan perlawanan dikuasai oleh Bolk 29 FC, dengan 2 cubaan mengenai palang dan tiang gol. Gol dari Blok 29 Fc di jaringkan pada separuh masa kedua hasil tendangan penalti saudara Jalal(the otai).
22 February 2006
Ceramah Maal Hijrah
Ceramah Maal Hijrah yg. dianjurkan oleh surau Mawadah(Blok 29) berlangsung pada 4/2/2006. Alhamdulilah sambutan menggalakan dari penghuni blok 29, walaupun pada petangnya hujan lebat melanda.Penceramah ialah Ustaz Syukri dari PPZ dan di pengerusikan oleh Ustaz Erfino.
Terima Kasih pada semua yg. mejayakan program ini.
20 February 2006
Kena Rasuk-General Info
Sahaja nak share dgn. semua, pekara ini berlaku di Brunai mengikut sumber penghantar.
Seorang wanita yg dipercayai dirasuk oleh makhluk halus.
Kelas Tajwid-Mingguan
Tempat:Surau Mawadah -Jalan 6/11
Tarikh:Setiap Minggu,Hari Ahad
Masa:Selepas Solat Maghrib
Pengajar:Ustaz Zahari
16 February 2006
Kelas Pengajian Feqah-Mingguan
Kelas Pengajian Feqah akan bermula
pada malam sabtu
Tempat:Surau Mawadah -Jalan 6/11
Tarikh:18/2/2006
Masa:Selepas Solat Isya
Pengajar:Ustaz Zakaria
Semua di jemput hadir.
15 February 2006
Lembu Liar
Hari ini utk kesekian kali lembu-lembu liar mencemari kawasan blok 29/28, masih tiada tindakan yg di ambil. Nampaknya pemaju hanya berdiam diri, mungkin ini tak termasuk dalam bayaran yg di kenakan(saya orang yg beruntung kerana tak bayar;).
MPS berdiam diri jeee.. spt biasa ... diam tanda tak buat kerja.. haaa :)




